Bola Sepak Terkini

Luqman Hakim , Wan Kuzri bergabung


HASRAT peminat sukan bola sepak menyaksikan gabungan penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin dan pemain berpangkalan di Amerika Syarilkat, Wan Kuzri Wan Kamal akhirnya dalam satu pasukan akhirnya menjadi kenyataan apabila kedua pemain tumpuan ini bakal menjalani latihan Fasa 2 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin, hari ini hingga 30 Ogos 2020.

Luqman yang bakal melebarkan karier di Belgium dengan kelab KV Kortrijk sebelum ini tidak dipanggil pengendali B19, Brad Maloney untuk fasa pertama berbanding Wan Kuzri namun untuk kali ini pemain yang dicalonkan dalam 80 bintang muda bagi anugerah ‘Golden Boy’ musim 2019/20 dipanggil sebagai persediaan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober 2020.

Wan Kuzri turut dipanggil semula menyertai latihan Fasa 2 .

Bagi peminat yang mengikuti perkembangan Wan Kuzri ,  pemain ini merupakan tonggak tengah Akademi Bolasepak St Louis di Amerika Syarikat itu juga adik kepada Wan Kuzain yang turut pernah menjalani latihan bersama skuad Sukan Sea 2019 penghujung tahun lalu.

Selepas tiga minggu menjalani latihan fasa 1 sebelum ini, pastinya faktor keserasian dan taktikal yang diterapkan Maloney mampu diterimanya manakala bagi Luqman ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar memandangkan dia sudah serasi dengan rakan sepasukan kali ini yang rata-rata dibarisi pemain yang mememangi gelaran Piala AFF Bawah 19 Tahun di Indonesia dua tahun lepas.

Zachry Raiff yang beraksi dibahagian tengah juga tersenarai pada panggilan Fasa 2.

Selain dua pemain yang menjadi tumpuan, Malaoney juga memanggil Zachry Raiff Ghazie Yeoh  (Brooke House College Football Academy, di Britain dan mengekalkan 26 pemain daripada senarai 35 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat Fasa 1 dari 6 hingga 26 Julai 2020 untuk mengikuti kem latihan pusat Fasa 2 ini.

Ketika ini Maloney masih dalam proses penilaian pemain sebelum meneruskan kem latihan pusat Fasa 3 pada September 2020 bagi memilih senarai akhir 23 pemain yang akan ke Uzbekistan.

Maloney kini mempunyai masa dan pemain yang berkualiti untuk membina pasukan yang kuat sebagai persiapan menghadapi kejohanan.

Pada pusingan akhir di Uzbekistan nanti, Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan pada Jumaat, 16 Oktober 2020 diikuti aksi kedua menentang Qatar pada Isnin, 19 Oktober 2020 dan seterusnya aksi terakhir kumpulan berdepan Yemen pada Khamis, 22 Oktober 2020. Ketiga-tiga perlawanan dijadual berlangsung di Stadium AGMK, Olmalik.

Kumpulan A menampilkan tuan rumah Uzbekistan, Indonesia, Kemboja dan Iran; Kumpulan B dibarisi Republik Korea, Jepun, Iraq dan Bahrain manakala Kumpulan C diisi oleh Arab Saudi, Australia, Vietnam dan Laos.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan (8 pasukan) seterusnya akan layak ke suku akhir yang mana jika Malaysia berjaya muncul juara Kumpulan D, lawan adalah naib juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos) dan jika Malaysia naib juara Kumpulan D, lawan adalah juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos).

Seterusnya, empat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir akan secara automatik layak ke Piala Dunia B-20 2021 di Indonesia. Namun jika Indonesia menjadi salah satu pasukan yang ke separuh akhir, maka satu lagi slot tambahan akan diberikan yang mana ia akan direbut oleh empat pasukan yang kalah pada suku akhir menerusi perlawanan playoff.

INFO RINGKAS

Luqman Hakim Shamsudian

  • Menyertai kelab Belgium ( KV Kortrijk )
  • Bekas pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) / Selangor 2
  • Pemenang kasut emas Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) U16 2018
  • Dicalonkan dalam 80 bintang muda bagi anugerah ‘Golden Boy’ musim 2019/20

Wan Kuzri Wan Kamal

  •  Tonggak tengah Akademi Bolasepak St Louis di Amerika Syarikat
  • Adik kepada Wan Kuzain yang merupakan bintang muda Malaysia yang beraksi di Amerika Syarikat.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading