Antarabangsa Bola Sepak

Lampard kecewa aksi pemain


Chelsea terlebih dahulu memperolehi gol hasil jaringan Pulisic namun gagal mempertahankan kelebihan tersebut.

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard ternyata kecewa dengan sikap pemainnya yang dilihat mudah berpuas hati selepas mendahului lawan hingga menyebabkan gelaran kejuaraan Piala FA terlepas dari gengaman.

Mendahului lawan seawal minit ke lima hasil jaringan Christian Pulisic, rentak permainan The Blues mula kelihatan berbeza dengan membenarkan Arsenal bangkit memburu gol penyamaan.

Ujarnya, mereka bermula baik untuk 10 sehingga 15 minit, menjaringkan gol serta mencipta peluang dan selepas itu mereka boleh menyalahkan diri sendiri.

“Kami memutuskan untuk mengawal permainan kerana sudah berpuas hati, cuba bermain hantaran pendek secara santai.

“Aksi final tidak boleh diambil mudah dan akhirnya kami membenarkan mereka bangkit,” jelas Lampard.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley itu, Arsenal bangkit menyamakan kedudukan melalui ketua pasukannya Pierre-Emerick Aubameyang menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti dan meledak gol kemenangan selepas rehat.

The Blues terus dirundung malang apabila Mateo Kovacic dilayangan kad merah selain kecederaan yang melanda Pulisic serta Cesar Azpilicueta.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: