Antarabangsa Bola Sepak

Piala FA : Aubameyang pastikan gelaran ke-14 Arsenal


IMG_20200802_025920_275

DUA jaringan sensasi oleh Pierre-Emerick Aubameyang memastikan Arsenal menjulang Piala FA, mengatasi Chelsea 2-1 dalam perlawanan akhir di Wembley, sebentar tadi.

Arsenal memanfaatkan kekurangan seorang pemain The Blues yang dibuang padang, bagi merekodkan kejayaan ke-14 untuk kelab serta layak ke saingan Liga Europa.

Kemenangan tanpa penyokong di Stadium Wembley memberikan trofi pertama untuk Mikel Arteta sebagai pengurus Arsenal yang menggantikan Unai Emery pada Disember lepas.

Perlawanan itu juga dicemari satu kad merah apabila Mateo Covacic di buang padang pada babak kedua.

Ketika permainan terikat 1-1, Aubameyang muncul wira pasukan selepas mengatasi pemain pertahanan lawan sebelum melepaskan satu jaringan menerusi kaki kiri minit ke-67 sekaligus memimpin Arsenal kembali ke pentas Eropah.

Sebelum ini, kelab utara London itu sekadar menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris musim ini di tangga kelapan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d