Bola Sepak Semasa Terkini

MKN nafi larangan aktiviti kontak penuh

Ismail Sabri memaklumkan rakyat Malaysia boleh bermain aktiviti sukan kontak penuh seperti bola sepak atau futsal seperti biasa.

 

Oleh : MOHD. FARIQ

TIADA pertambahan arahan baru dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada rakyat Malaysia berhubung  aktiviti kontak penuh antaranya bola sepak dan futsal sebagaimana yang dibenarkan sebelum ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dia  menafikan adanya larangan tambahan buat rakyat Malaysia untuk mengadakan aktiviti kontak penuh antaranya bola sepak dan futsal sehingga 14 Ogos ini.

Sebaliknya Ismail Sabri menegaskan keputusan kerajaan yang sebelum ini membenarkan pengusaha padang komersial, operator gelanggang futsal, kemudahan sukan dan akademi kembali beroperasi semula bermula 15 Julai lalu adalah kekal seperti mana telah diumumkan pada 11 Julai lalu.

Jelas Ismail Sabri, beliau memberitahu rakyat dibenarkan bermain seperti biasa sekali gus menafikan aktiviti sukan kontak penuh dilarang diadakan sehingga 14 Ogos depan.

“Mulai 15 Ogos , rakyat Malaysia boleh bermain aktiviti sukan kontak penuh seperti bola sepak atau futsal seperti biasa. Tiada larangan buat mereka.

“Apa yang mustahak mereka harus mematuhi standard operasi prosedur (SOP) dan harus berada dalam kelompok kecil di mana penonton tidak dibenarkan.

“Mungkin ada berlaku sedikit kekeliruan tetapi ingin saya tegaskan bahawa keputusan membenarkan pengusaha padang komersial, operator gelanggang futsal, kemudahan sukan dan akademi kembali beroperasi semula bermula 15 Julai lalu adalah kekal seperti biasa.

“Apa juga keputusan untuk SOP akan dibawa ke mesyuarat MKN dan tidak ada mana-mana agensi boleh membuat apa-apa keputusan (berhubung larangan mengadakan aktiviti sukan kontak penuh),” katanya kepada Cakap Sukan, malam ini.

Terdahulu, Ismail Sabri sebelum ini juga telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah membenarkan kejohanan sukan berkontak penuh disambung semula bermula 15 Ogos depan.

Bagaimanapun, ia melibatkan kejohanan tidak membabitkan penonton di peringkat dalam negara sahaja.

Jelas Ismail Sabri, penganjuran itu perlu diadakan dalam keadaan terkawal dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sebagai rekod, Liga Malaysia akan kembali bersambung pada 26 Ogos depan.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: