Bola Sepak Terkini

Piya bayar ‘nazar’ guna kapak


Mohd Badhri (depan) bernazar mencukur kepalanya dengan kapak setelah diumumkan pemenang bagi jaringan ‘chips’ terbaik hasil undian AFC.

 

BEKAS ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi memilih cara cukup unik menyempurnakan ‘nazar’ apabila mengguna sebilah kapak bagi mencukur kepalanya.

Jeneral padang berusia 37 tahun itu berbuat demikian selepas diumumkan pemenang bagi jaringan ‘chips’ atau sepakan lambung terbaik yang dihasilkannya pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), tujuh tahun lalu.

“Saya ucap terima kasih kepada semua peminat bola sepak Malaysia khususnya penyokong The Red Warriors yang telah mengundi saya.

“Kejayaan ini bukan milik saya dan pasukan Kelantan sahaja tetapi juga untuk negara kerana secara tak langsung ia menaikkan nama bola sepak Malaysia di rantau Asia,” katanya.

Mengulas lanjut, pemain yang lebih dikenali panggilan Piya itu memberitahu, dia menunaikan nazar dengan mencukur kepala di sebuah kedai gunting tradisional di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu.

“Sebenarnya bercukur cara ini memang unik selain kita dapat menghidupkan kembali cara orang tua dulu-dulu mencukur kepala,” katanya yang turut melakukan ibadah korban, pada sambutan Aidiladha tahun ini.

Pemain yang sinonim dengan jersi nombor 16 itu mencipta gol menarik menerusi sepakan lambung ketika membantu Kelantan berpesta gol 5-0 ke atas kelab Vietnam, SHB Da Nang dalam aksi peringkat kumpulan Piala AFC, pada 2 April 2013.

Hasil undian yang berakhir Khamis lalu, dia berjaya mengumpul 97 peratus jauh mengatasi dua lagi calon iaitu Bienvenido Maranon (Ceres Negros) dan pemain kebangsaan Myanmar, Kyaw Ko Ko yang sekadar mendapat tiga undi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading