Antarabangsa Bola Sepak

Chelsea terus dirundung malang

 

Pulisic mengalami kecederaan dan bakal diketepikan pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, 8 Ogos nanti.

 

TERLEPAS Piala FA mungkin juga Liga Juara-Juara, itulah yang bakal dilalui Chelsea ketika ini apabila dua tonggak utama mereka, Christian Pulisic dan Cesar Azpilicueta yang dijangka terlepas peluang beraksi menentang Bayern Munich, 8 Ogos nanti.

Kecundang 0-3 pada aksi pertama kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, 25 Februari lalu, anak didik Frank Lampard pastinya berdepan tugas sukar dengan kelebihan jaringan gol yang dimiliki Bayern Munich tempoh hari.

Terbaharu kecederaan hamstring yang dialami Pulisic dan pertahanan, Azpilicueta pada aksi final Piala FA menentang Arsenal awal pagi tadi menambahkan duka The Blues.

Bagi Lampard, buat masa ini dia masih belum dapat memastikan tahap kecergasan dua tonggak utamanya itu tetapi percaya mereka jelas tidak sihat untuk aksi minggu hadapan.

“Mereka berdua perlu diimbas untuk menilai sejauh mana kecederaan yang dialami, Jelas mereka tidak akan sihat untuk minggu depan.” ujarnya pada skysports.

Pada aksi di Stamford Bridge, 25 Februari lalu, pelawat memperolehi bekalan selesa selepas Serge Gnabry meledak dua gol dan Robert Lowendoksi menjaringkan gol ketiga buat Bayern Munich.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: