Bola Sepak Semasa

Mesyuarat tergempar Kafa

8F3F3A3C-883C-4394-9253-92FD1B4FA952
Afandi (dua,kanan) dan Wan Abdul Rahim (dua,kiri) bercakap dalam sidang media mengenai perkembangan terbaharu KAFA di Kota Bharu, hari ini.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) dijangka memanggil semua ahli eksekutif mereka untuk mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat bagi menentukan hala tuju baharu susulan pengosongan beberapa jawatan tertinggi dalam persatuan itu.

Timbalan Presiden KAFA yang masih berehat, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang sepatutnya diadakan pada 25 Julai ini terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh lain berikutan perkembangan terbaharu itu.

“Sebenarnya setakat hari ini, kita bukan sahaja terima surat peletakkan jawatan Datuk Wan Abdul Rahim (Wan Abdullah, bekas presiden) tetapi juga beberapa surat lagi contohnya Datuk Mohd Rowi (Dollah, bekas naib presiden), (malah) dua tiga exco kita sendiri turut berbuat demikian.

“Saya akan memanggil satu mesyuarat untuk membentangkan semua hal berbangkit ini dan dalam mesyuarat itu nanti kita akan memutuskan ketetapan rasmi berkaitan semua perkara ini,” katanya dalam sidang media di Kota Bharu hari ini.

Jelas beliau, dalam konteks berpersatuan, semua perkara harus dikembalikan kepada Jawatankuasa Eksekutif yang memiliki kuasa tertinggi untuk memperakukan apa yang sedang berlaku dalam badan induk bola sepak Kelantan ketika ini.

Pada sidang media sama, Afandi yang masih berehat sejak 28 Jun lalu memberitahu, beliau diminta oleh Wan Abdul Rahim untuk meneruskan tugas-tugas pentadbiran KAFA berkaitan soal perundangan dan sebagainya.

“Buat masa ini saya diminta oleh beliau untuk menjalankan tugas, dalam konteks menyelesaikan perkara-perkara pentadbiran dan perundangan berkaitan dengan persatuan.

“Saya juga memikirkan mungkin juga akan menyusul melakukan perkara yang sama (melepaskan jawatan), (tetapi) sementara itu saya telah diminta menyelesaikan (perkara) terutama melibatkan surat perletakkan jawatan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Wan Abdul Rahim mengesahkan secara rasmi telah menghantar surat peletakkan jawatan pada 6 Julai lalu, genap setahun beliau mengambil alih tugas daripada Bibi Ramjani Ilias Khan menerusi Kongres Luar Biasa (EGM).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: