Bola Sepak Semasa Terkini

‘Abang Jalal pemain cool’

FB_IMG_1595486402770

Foto kredit : FB Azamuddin Akil

BEKAS pemain Pahang, Jalaluddin Jaafar, sentiasa akan dikenang oleh Azamuddin Akil sebagai pemain yang paling tenang pernah ditemuinya namun selalu menjadi pemangkin kekuatan pasukan di sebalik era kebangkitan Pahang dari musim 2013 hingga 2015.

Azamuddin yang kini bersama pasukan Kedah, tidak menafikan tonik di sebalik kecemerlangan skuad Tok Gajah yang berjaya naik dari saingan Liga Premier pada musim 2012 ialah adanya pemain seperti Jalaluddin di dalam pasukan.

Lebih mesra disapa dengan panggilan Abang Jalal, dia yang bertindak sebagai ketua pasukan dalam banyak perlawanan bersama Pahang sebelum ini, merupakan sumber inspirasi kepada pemain-pemain muda dalam pasukan.

“Abang Jalal ini kalau kita berapa tidak kenal, dia memang nampak pendiam dan tidak banyak cakap tetapi hakikatnya dia seorang kelakar sebenarnya jika kita rapat.

“Kenangan bersamanya semasa bersama-sama menaikkan kembali Pahang (selepas tersingkir 2011 dari Liga Super) dengan majoriti pemain muda kekal sebagai memori paling manis dalam kerjaya.

“Dia tidak pernah marah kepada rakan sepasukan jika ada buat kesilapan di dalam padang namun sebaliknya dia akan berikan tips atau nasihat serta cuba berikan motivasi terutama kepada pemain muda, dia bukan seorang yang pemarah.

“Abang Jalal memang seorang yang tenang dan kehadirannya cukup berpengaruh kepada Pahang pada waktu itu malah antara pertahanan kanan terbaik yang saya kenal, ” katanya.

Lapan belas tahun bergelar pemain profesional dari 1997 hingga 2015, hanya pada musim 2009 sahaja Jalaluddin beraksi dengan pasukan selain Pahang iaitu Shahzan Muda.

Jalaluddin Jaafar menjadi salah seorang pemain pilihan Best XI Azamuddin Akil selain Farizal Marlias selaku penjaga gol manakala Rosdi Talib, Aidil Zafuan dan Razman Roslan membarisi barisan pertahanan.

Melalui formasi 4-4-2, bahagian tengah dipelopori Gopi Rizqi, Safiq Rahim, Nor Azam Azih dan Safawi Rasid sementara di jentera serangan, gandingan yang membawa kepada tiga kejuaraan Piala Malaysia pada 2014, Dickson Nwakaeme dan Matias Conti menjadi pilihan Azamuddin.

Selain itu, Azamuddin turut meletakkan Safiq sebagai antara pemain paling berpengaruh dan penting jika beraksi bersama dalam sesuatu pasukan.

“Saya pernah bersama Safiq di JDT (Johor Darul Ta’zim) selain di pasukan kebangsaan dan apa yang saya boleh katakan dia memang seorang pemain semulajadi di bahagian tengah.

“Tanpanya, memang susah untuk pasukan menguasai bahagian tengah dan kehadiran Safiq cukup penting kerana dia seorang perancang yang hebat, ” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: