Antarabangsa Bola Sepak

Cardiff sahkan slot playoff EPL


IMG_20200723_053823

CARDIFF City mengesahkan tiket aksi playoff hasil kemenangan sensasi 3-0 ke atas Hull, di mana keputusan ini juga menghantar The Tigers turun ke kancah Liga Satu.

Jaringan Junior Hoilett, Sean Morrison dan Danny Ward memastikan The Bluebirds melonjak ke tangga ke-5 Liga Kejuaraan, aksi konsisten dipamerkan yang sebelum itu memecat pengurus terdahulu, Neil Warnock pada November.

The Bluebirds berada pada kedudukan ke-14 ketika Neil Harris mengambil alih tetapi prestasi pemain terus meningkat.

Enam kemenangan dalam sembilan perlawanan selepas ancaman Covid-19 menandakan permulaan bagus kelab asal Wales ini dan berjaya mendapatkan slot playoff EPL.

Cardiff akan bertemu pasukan tangga ke-4, Fulham dalam aksi separuh akhir playoff dengan aksi pertama akan terlebih dahulu berlangsung di ibu kota Wales.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: