Antarabangsa Bola Sepak

Trezeguet bantu Villa keluar zon penyingkiran


Screenshot_20200722_095030

ASTON Villa keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan berharga 1-0 ke atas Arsenal awal pagi tadi.

Jaringan Trezeguet pada minit ke-27 cukup membawa Villa keluar mengatasi Watford menerusi perbezaan gol selepas dibelasah Manchester City.

Arsenal melakukan enam pertukaran pemain selepas mengalahkan Manchester City dalam pertandingan separuh akhir Piala FA dan Villa memanfaatkan peluang ini memungut tiga mata sekaligus mengelakkan kedudukan di tangga ketiga tercorot liga sejak Februari lepas.

Villa, dipromosikan pada musim lalu, meraih dua kemenangan dalam tiga perlawanan akan bertemu West Ham United Ahad ini untuk mengekalkan status bertanding di EPL musim 2020/21.

Mereka memiliki 34 mata, sama kutipan dengan Watford dan menjaringkan 26 gol, perbezaan gol (27).

“Macam tak percaya, saya fikir kami berhak untuk meraikannya. Ia menjadi hari yang tegang. Apa yang boleh kita lakukan ialah menumpukan perhatian pada diri kita sendiri. Terpulang kepada kita apa yang kita lakukan pada hari terakhir. Rasanya sangat puas untuk berada di luar zon penyingkiran,” kata pemain midfielder Villa, Jack Grealish kepada Sky Sports.

Arsenal, gagal melakukan percubaan tepat berada di kedudukan ke-10 liga dan berpeluang kembali ke pentas Eropah jika memenangi Piala FA menentang Chelsea, 1 Ogos depan di Wembley.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d