Bola Sepak

Kongres FAM ke 56 ditetapkan 29 Ogos


Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

PENETAPAN tarikh kongres FAM 2020, Perlantikan empat ahli jawatankuasa pemilihan FAM, Liga Bolasepak Amatur (AFL) diserahkan kepada FAM serta Penyelarasan dan pindaan statut ahli gabungan FAM antara keputusan yang dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kali ke 11 bagi penggal 2017-2021.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan FAM, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin telah membuat keputusan mengenai kongres tahunan kali ke -56  FAM akan diadakan pada 29 0gos 2020 di Hilton Petaling Jaya bermula jam 10.00 pagi.

“Mesyuarat juga bersetuju meluluskan pelantikan seorang pengerusi dan tiga pegawai berkecuali menganggotai jawatankuasa bebas ini yang dibentuk bagi memastikan proses pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2021-2025 pada Kongres FAM 2021 dijalankan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak di dalam industri atau keluarga bola sepak Malaysia.

“Jawatankuasa Pemilihan ini dibentuk dalam usaha FAM bagi memastikan sistem pemilihan FAM adalah selaras dengan amalan (tadbir urus yang baik dan transparensi) yang diguna pakai oleh AFC dan FIFA,” ujar kenyataan tersebut.
Jelas kenyataan tersebut, keputusan dicapai mengenai penyerahan Liga Bolasepak Amatur (ACL) iaitu badan pengendali Liga M3 dan M4 diserahkan kepada FAM.
“Mesyuarat juga bersetuju dan meluluskan cadangan pindaan Statut FAM bagi memastikan statut di peringkat Ahli Gabungan FAM dapat diselaraskan dengan apa yang wujud dalam Statut FAM supaya ia selari dengan FAM, AFC dan FIFA.
“Pindaan Statut FAM ini turut mengambil kira konsep pemisahan di antara Persatuan Bola Sepak (FA) dan Kelab Bola Sepak (FC),” ujarnya.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d