Antarabangsa Bola Sepak

Cardiff anggap aksi ‘final’ jumpa Hull


FB_IMG_1595392404360
CARDIFF City sedar pertembungan hari terakhir Liga Kejuaraan menentang Hull City amat penting dan tidak keterlaluan disifatkan aksi ‘final’ buat kelab dari Wales ini.

Masakan tidak, Cardiff perlukan mata untuk kekal di tangga keenam liga dan menjamin slot beraksi di perlawanan playoff untuk menyalakan impian layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Manakala, Hull City yang bergelut di tangga bawahan liga memerlukan tiga mata, sambil mengharapkan pasukan di atasnya kalah untuk keluar dari zon penyingkiran.

Lima kemenangan dan seri dalam lapan perlawanan terakhir sejak liga bersambung bulan lepas meletakkan Cardiff dalam senarai empat pasukan beraksi di playoff EPL.

Cardiff tidak dikalahkan pada hari terakhir musim dalam setiap lima tahun terakhir, baru-baru ini mengalahkan Manchester United 2-0 di Old Trafford pada 2019.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak cukup mengelakkan tersingkir ke liga bawahan tetapi secara tiba-tiba Cardiff bangkit dan mahukan slot terakhir playoff.

Satu mata sudah memadai buat pasukan yang diuruskan oleh Neil Harris, sedangkan Hull dalam situasi genting berdepan risiko bermain divisyen kelas ketiga buat pertama kali sejak 2005.

“Itu urusan mereka ! Kami tidak melihat hasil lawan (Hull kalah 8-0 dan 1-0). Kami hanya mahu memenangi permainan,” kata Harris dalam laman web rasmi kelab semalam.

The Tigers bukan hanya mahukan kemenangan di Wales, mereka kini berharap Luton Town tewas kepada Blackburn Rovers, Fulham juga kalah kepada Wigan Athletic dan Barnsley keciciran mata di Brentford.

Rekod Hull musim ini cukup teruk selepas mereka hanya memenangi salah satu daripada 21 perlawanan terakhir mereka di semua pertandingan, dan kalah dalam lima perlawanan terakhir.

Itu termasuk kekalahan 8-0 yang memalukan di tangan Wigan dalam aksi terakhir di laman sendiri, diikuti dengan tewas tipis 1-0 kepada Luton Town yang semuanya telah menutup peluang mereka kekal di liga.

Awal pagi esok, Stadium Cardiff City
pastinya menjadi satu detik emosional dengan dua pasukan mempunyai matlamat berbeza.

Satu pasukan mahukan slot playoff ke EPL manakala satu lagi mengelak penyingkiran yang mengaibkan ke divisyen bawahan.

Barisan kemungkinan Cardiff:
Smithies; Bacuna, Morrison, Nelson, Bennett; Vaulks, Ralls, Pack; Mendez-Laing, Ward, Murphy

Barisan kemungkinan Hull City:
Ingram; Lopes, MacDonald, Tafazolli, Elder; Batty, Stewart; Wilks, Honeyman, Scott; Eaves


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d