Antarabangsa Bola Sepak

Leeds mahu sambar Cavani


IMG_20200722_145630

LEEDS United tidak menunggu lama untuk mempersiapkan pasukan menjelang aksi baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Edinson Cavani menjadi salah satu pemain yang dipertimbangkan untuk direkrut Leeds.

Pasukan bimbingan Marcelo Bielsa itu sudah tidak lagi boleh dikejar oleh West Bromwich Albion yang berada kedudukan kedua dengan hanya satu pertandingan berbaki.

Ini merupakan pertama kalinya dalam 16 tahun, Leeds kembali dipromosikan ke divisyen paling tinggi Liga Inggeris. Kelab yang berpangkalan di Elland Road itu kali terakhir tampil di EPL adalah musim 2003/2004.

Pemilik Leeds, Andrea Radrizzani memberitahu Edinson Cavani adalah salah satu pemain yang dipantau. Penyerang asal Uruguay itu tidak mempunyai kelab dan hanya menunggu menghabiskan kontrak dengan Paris Saint-Germain (PSG).

“Cavani boleh lagi memberi sumbangan dengan kemampuan fizikalnya dan beradaptasi di sini. Tapi saya masih belum bercakap mengenainya dengan jurulatih,” kata Radrizzani kepada Sky Sports.

Cavani tujuh musim bermain di PSG dan dia melakukan 301 kali penampilan dengan lesaka 200 gol di semua pertandingan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d