Antarabangsa Bola Sepak

Salah, Mane Tak Perlu ke Real Madrid


FB_IMG_1595291234493

DUO Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane kini dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Nicolas Anelka menyarankan supaya Salah dan Mane tidak pergi kemana-mana, sebaliknya kekal bersama Liverpool.

Bersama Roberto Firmino, Salah dan Mane merupakan trio yang berpengaruh hingga melonjakkan nama Liverpool.

Salah sudah merekodkan 94 gol manakala Mane meledak 86 gol yang membantu The Reds menjuarai Liga Juara-Juara 2018/19 dan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20.

Statistik dilakar Mohamed Salah dan Sadio Mane itu dikhabarkan menarik perhatian Madrid. Apatah lagi, bahagian serangan Los Blancos sudah tidak seperti dulu ketika masih diperkasa oleh Cristiano Ronaldo.

Selain itu, faktor usia Karim Benzema yang akan berusia 33 tahun pada akhir tahun ini

Anelka pernah menghabiskan satu musim yang mengecewakan ketika bersama Madrid pada 1999/00.

Menurut bekas pemain kebangsaan Perancis itu, Salah dan Mane tidak perlu bergabung bersama Madrid kerana Liverpool mampu bersaing untuk meraih gelaran lain selepas ini.

“Mereka merupakan trio yang menakjubkan. Saya menyukai semuanya, terutama Roberto Firmino kerama dia adalah kunci kejayaan Mohamed Salah dan Sadio Mane.

“Salah dan Mane berada dalam senarai lima pemainbola sepak terbaik di dunia sekarang. Mereka memang punyai kualiti bermain untuk Real Madrid,” kata pemain yang pernah memperkuat Arsenal, Chelsea, Paris St. Germain dan Manchester City itu.

Bercakap kepada Liverpool Echo, Anelka memberitahu Liverpool sebenarnya boleh bersaing dengan Real Madrid.

“Jadi mereka tidak perlu berpindah. Liverpool adalah tempat yang sangat sesuai” ujarnya.

Juergen Klopp, pengendali The Reds kini dijulang sebagai hero di sebalik kejayaan berterusan Liverpool. Anelka yakin Liverpool akan mampu bertahan di peringkat tertinggi dalam waktu yang lama.

“Juergen Klopp seorang genius. Saya suka caranya bekerja, cara dia menangani pemainnya dan pemain yang direkrut. Mereka semua berkelas dunia. Mereka pasti akan konsisten dalam tempoh yang lama. Klopp sudah mengembalikan martabat kelab ini pada tempat yang sepatutnya,” kata Anelka.


Tags

1 Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d