Antarabangsa

Moga Marquez cepat sembuh

PELUMBA Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi, berharap kecederaan yang dialami Marc Marquez tidak serius.

Semalam, Marquez yang mewakili pasukan Repsol Honda disahkan mengalami patah tulang humerus atau lengan atas bahagian kanan apabila terjatuh daripada jentera semasa perlumbaan MotoGP Jerez di Sepanyol.

Marquez, yang bermula dari posisi ketiga, beraksi baik hingga berjaya berada di kedudukan kedua di belakang penunggang Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales.

Bagaimanapun, penunggang berusia 27 tahun itu terjatuh pada lap 22 dan gagal menamatkan saingan.

“Itu insiden yang buruk kepada Marc, dalam situasi yang sukar pula. Saya berharap dia kembali baik,” ujar Rossi kepada Crash.

Sementara itu, Rossi sendiri tidak berjaya mengakhiri perlumbaan akibat masalah teknikal pada motor YZR-M1 miliknya di lap 19.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: