Antarabangsa motorsport

Hamilton samai catatan Schumacher

LEWIS Hamilton bukan hanya sekadar muncul juara Formula Satu GP Hungary tetapi berjaya menyamai catatan milik pelumba legenda asal Jerman, Michael Schumacher.

Berlumba di Litari Hungaroring, semalam, Hamilton langsung tidak digugat sepanjang perlumbaan. Bermula dari petak utama, dia terus meninggalkan lawannya sejak pusingan pertama.

Hamilton konsisten sehingga menyentuh garisan penamat di lap ke-70, posisinya tetap kekal. Ini merupakan kemenangan keduanya pada musim ini, yang sebelum itu juga meraih podium tertinggi di GP Styrian minggu lalu.

Selain berada di kedudukan teratas senarai pelumba ketika ini, Hamilton telah memenangi perlumbaan sebanyak lapan kali di litar yang sama iaitu pada tahun 2007, 2009, 2012, 2013, 2016, 2018, dan 2019.

Prestasi itu sekaligus menyamai rekod milik Schumacher. Bezanya, legenda Ferrari itu meraihnya di Litar Magny-Cours, Perancis. Schumacher menang di sana pada tahun 1994, 1995, 1997, 1998, 2001, 2002, 2004, dan 2006.

“Semoga anda baik sahaja di rumah. Terutama untuk petugas kru mesin. Sejujurnya, litar tadi merupakan salah satu perlumbaan kegemaran saya, meskipun sepanjang saingan saya bersendirian di depan. Kecepatan kami luar biasa.

“Pit stop kami luar biasa, strategi yang luar biasa. Di akhir-akhir, sangat tepat untuk menggunakan enjin yang baru. Kami harus terus mencuba dan meningkatkan penampilan kami,” ujar Hamilton kepada The Guardian.

Keputusan yang diraih itu menjadikan warga asal England kini berada di puncak senarai pelumba dengan 63 mata, berbeza lima mata dari rakan sepasukamnya, Valtteri Bottas.

Kedudukan pelumba F1 2020

1 Lewis Hamilton (Gbr) Mercedes 63 mata

2 Valtteri Bottas (Fin) Mercedes 58 mata

3 Max Verstappen (Ned) Red Bull 33 mata

4 Lando Norris (Gbr) McLaren 26 mata

5 Alexander Albon (Tha) Red Bull 22 mata

6 Sergio Perez (Mex) Racing Point 22 mata

7 Charles Leclerc (Mon) Ferrari 18 mata

8 Lance Stroll (Can) Racing Point 18 mata

9 Carlos Sainz (Spa) McLaren 14 mata

10 Sebastian Vettel (Ger) Ferrari 9 mata

11 Daniel Ricciardo (Aus) Renault 8 mata

12 Pierre Gasly (Fra) Scuderia AlphaTauri 6 mata

13 Esteban Ocon (Fra) Renault 4 mata

14 Kevin Magnussen (Den) Haas F1 2 mata

15 Antonio Giovinazzi (Ita) Alfa Romeo Racing 2 mata

16 Daniil Kyvat (Rus) Scuderia AlphaTauri 1 mata

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: