Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Chelsea benam United

MANCHESTER United gagal melangkah ke pentas akhir Piala FA selepas kecundang ditangan Chelsea,  1-3 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Permainan berlangsung sengit dan cukup mendebarkan sebenarnya. Kedua-dua pasukan juga seimbang dalam penguasaan bola sepanjang tempoh 90 minit.

Gol Chelsea dihasilkan Olivier Giroud pada penghujung babak pertama dan Mason Mount sebaik babak kedua disambung, termasuk jaringan sendiri Harry Maguire. Sementara gol sagu hati United diperolehi menerusi Bruno Fernandes.

United terlebih dahulu mengawal permainan. Pasukan Ole Gunnar Solskjaer berusaha mendominasi penguasaan bola.

Namun mereka berdepan kesukaran untuk melancarkan serangan. Berbanding Chelsea yang lebih menekan mereka hingga ke bahagian atas. The Blues mendapat peluang melepaskan tendangan berbahaya pada minit ke-10 melalui Reece James. Namun bola berjaya diselamatkan De Gea.

United mendapat peluang menggegar gawang Chelsea pada minit ke-32. Tendangan bebas Fernandes menuju ke sebelah kanan gawang, namun ditepis oleh Caballero.

Pada babak kedua, ketika United mula menyusun rentak mahu menyamakan kedudukan, gawang mereka bocor lagi.

Kali ini melalui serangan pantas, Mason Mount berjaya menyumbat gol gawang dengan tendangan jarak jauhnya. David De Gea gagal menepis bola dengan sempurna hingga bola menerjah masuk ke sebelah kiri pintu gol.

Rashford mendapat peluang mencetak gol pada minit ke-52, namun tendangannya kurang tepat ke sasaran.

Gawang United kembali bergegar buat kali ketiga selepas bola hantaran Alonso mengenai tepat kaki kanan Maguire dan bola bergolek laju masuk ke gawang sendiri tanpa sempat diselamatkan De Gea.

United tidak mengalah dan akhirnya mendapat penalti pada minit ke-85, setelah Martial dikasari Hudson-Odoi. Fernandes memanfaatkan sebaik mungkin penalti tetapi sudah terlambat.

The Blues mara ke pentas akhir Piala FA untuk bertemu Arsenal yang sebelum itu menyingkirkan cabaran Manchester City, kelmarin. Aksi final dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos depan di Wembley.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: