Antarabangsa motorsport Semasa

Hafizh Syahrin raih kelompok enam terbaik

PELUMBA  negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan saingan Grand Prix (GP) Valencia hari ini di tempat keenam walaupun memulakan perlumbaan di petak ke 15.

Hafizh yang bersama pasukan Inde Aspar Team Moto2  melengkapkan 23 pusingan perlumbaan di Litar Jerez dengan catatan keseluruhan 39 minit 38.875 saat.

Jelasnya dia mengakui kedudukan yang diraih itu menyemarakkan semangatnya untuk terus memperbaiki prestasinya apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-19 pada GP Qatar sebelum saingan ditangguhkan akibat COVID-19.

“Saya boleh katakan, saya rindukan perasaan seperti ini sudah lama. Jadi kembali merasai perasaan seperti ini, saya bersyukur apabila dapat tempat keenam. Terima kasih kepada pasukan yang sentiasa berusaha dan percaya kepada saya. Saya akan buat yang terbaik pada perlumbaan akan datang.

“Saya perlu perbaiki catatan di sesi kelayakan selepas ini kerana pada sesi kelayakan sebelum ini, ada masalah dengan tayar.

“Perlumbaan tadi agak panas jadi ia sedikit sukar untuk semua pelumba. Apapun, saya sudah melakukan yang terbaik,” ujarnya.

Keputusan di Litar Jerez ini mengulangi kedudukan tempat keenam yang pernah diraih pelumba berusia 26 tahun itu dalam kancah Moto2 di GP Valencia pada 2017.

Pada perlumbaan tadi, pelumba SKY Racing Team VR46, Luca Marini memenangi perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan terbaik 39’23.297s manakala Tetsuta Nagashima (Red Bull KTM Ajo) berada di tempat kedua, 39’24.568s dan rakan sepasukan Nagashima, Jorge Martin yang mencatatkan masa 39’28.135s.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: