Bola Sepak Semasa

Belgium Luqman datang !!!

 

Sijil Perakuan Tingkah Laku (Certificate of Good Conduct), adalah “lesen” paling besar untuk luqman. Sekarang semua dah selesai…

Oleh : MOHD. FARIQ

BELUM lagi reda berita sensasi tentang Luqman Hakim Shamsudin selepas tercalon dalam 80 prospek terbaik di Eropah, satu lagi perkhabaran gembira sedang menanti penyerang muda negara itu.

Ini kerana pemilik kelab KV Kortrijk (KVK), Tan Sri Vincent Tan mendedahkan pihak kerajaan telah memberikan kebenaran kepada Luqman untuk terbang ke Belgium pada Jumaat lalu.

Jelas Vincent Tan, Luqman telah dapat Perakuan Tingkah Laku (Certificate of Good Conduct) pada Khamis lalu dan perakuan itu telah pun diserahkan kepada pihak KVK di Belgium.

Dalam masa yang sama, Vincent Tan memberitahu kelab KVK juga akan membantu Luqman melengkapkan proses permit kerja dan visa bersama kedutaan Belgium di Malaysia.

“Kerajaan Malaysia sudah pun memberikan Certificate of Good Conduct kepada Luqman, tanpa sijil berkenaan sukar untuk Luqman pergi ke Belgium bagi mendapatkan permit kerja.

“Luqman juga menerima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) selepas Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) membuat pengumuman melepaskan Luqman menerusi satu kenyataan rasmi pada 4 Julai lalu.

“Dua hari selepas itu, Luqman telah menandatangani kontrak rasmi KVK selama lima tahun dan dia dianggarkan menikmati pendapatan gaji tahunan di antara RM400,000 sehingga RM500,000.

“Saya juga dimaklumkan bahawa Duta besar Belgium di Malaysia, Pascal H. Gregoire telah mengikuti perkembangan Luqman di laman sosial dan memberi semangat kepada Luqman di mana saya ingin merakamkan terima kasih kepadanya untuk perkara itu,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian semalam.

Semalam, nama penyerang skuad B-19 tahun negara itu telah tersenarai dalam pencalonan Golden Boy musim 2019/2020.

Dalam senarai tersebut bersama Luqman adalah penyerang Borusia Dortmund, Erling Braut Håland, Ansu Fati (Barcelona), Phil Foden (Manchester City) dan Callum Hudson-Odoi (Chelsea).

Vincent Tan memaklumkan Luqman telah menandatangani kontrak rasmi KVK selama lima tahun dan dia dianggarkan menikmati pendapatan gaji tahunan di antara RM400,000 sehingga RM500,000.

Sementara itu, Vincent Tan turut mendedahkan Luqman dijangka berlepas ke Belgium pada awal bulan depan di mana pihaknya turut menjemput Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk menghadiri majlis pengenalan Luqman menyertai KVK secara rasmi pada minggu ini.

“Sekiranya semua berjalan lancar, liga di Belgium dijangka bermula pada akhir Ogos atau awal September depan.

“Jadi saya telah menulis surat kepada Menteri Belia dan Sukan mengenai status Luqman dan juga untuk mengundangnya ke majlis pengenalan Luqman sebagai pemain KVK secara rasmi minggu ini.

“Saya sangat gembira dengan progres dokumen Luqman yang berkaitan dan seperti yang dinyatakannya berjalan dengan baik,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/92976/BERITA/Sukan/Luqman-selangkah-ke-Belgium

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: