Bola Sepak Semasa

Aiman anggap Kuzri pencetus semangat

Maloney memberikan arahan pada seisi latihan di wisma FAM, petang tadi.

PEMAIN tengah skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Mohd Aiman Afif Md Afizul menganggap kehadiran Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal memberikan saingan sihat kepada pemain lain untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan.

Jelasnya, semua pemain pastinya tercabar dengan Wan Kuzri dan akan mempamerkan aksi untuk berada dalam skuad .

“Kehadiran Wan Kuzri dapat bagi persaingan sihat kepada semua pemain, bukan saya seorang sahaja. Jadi, saya cuma nak buktikan yang terbaik.

“Sudah pasti saya rasa tercabar (dengan kehadiran Wan Kuzri), tapi saya akan buat sehabis baik. Wan Kuzri seorang pemain yang sangat baik.

“Dia mempunyai teknik yang bagus, jadi pemain lain pun boleh belajar dengan dia. Matlamat utama saya nak berada dalam skuad ini dan membantu pasukan layak ke Piala Dunia (B-20),” katanya pada seisi latihan di Wisma FAM, petang tadi.

Dalam perkembangan berlainan, pengendali B19, Brad Maloney mengesahkan menggugurkan empat daripada 35 pemain yang menyertai latihan pusat ketika ini selepas tidak mencapai tahap kecergasan yang diinginkan.

Empat pemain itu termasuk penjaga gol, Mohd Azlizan Mohd Azlan, Mohammad Nazemizan Naslon, Mohammad Zarif Syamil Mohammad Zaman dan Abdul Raziq Abdul Rahim.

Seorang lagi pemain, Mohd Nasip Mohammad Zain diberi pelepasan selepas ibunya meninggal dunia dan Maloney turut memanggil seorang pemain baharu dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: