Antarabangsa Bola Sepak

Cardiff tumpu aksi terakhir


PENGURUS Cardiff City, Neil Harris kini menumpukan pertemuan terakhir Liga Kejuaraan berdepan Hull City dalam misi menjamin slot ke playoff Liga Perdana Inggeris.

Malam tadi, Cardiff menumpaskan Middlesbrough 3-1 dan kejayaan itu mengekalkan kedudukan keenam saingan liga.

“Satu kemenangan besar hari ini. Kami tahu itu sangat penting. Kredit kepada pemain saya kerana mempunyai keberanian untuk mendapatkan bola, bermain dan juga bersaing dengan elemen fizikal.

“Anak buah saya profesional dan ada beberapa aksi permainan yang cukup indah. Saya gembira dengan kutipan mata ini,” katanya dalam wawancara laman rasmi kelab.

Pasukan Harris menuju ke hari terakhir mereka musim Liga Kejuaraan ini seperti biasa dan memerlukan satu mata untuk mendapatkan slot playoff.

“Kami berada dalam kedudukan yang baik dan betul. Sepanjang 45 permainan, kami layak berada di sini. Pada perlawanan terakhir, sesiapa yang berada di tempat keenam atau di tempat kelima mereka yang layak untuk berada di sana (aksi playoff).

“Pada akhirnya, kami yang mendapat (bertemu Hull City di gelanggang sendiri pada hari Rabu (awal pagi Khamis waktu Malaysia) ini. Dan saya tahu bahawa kami memerlukan satu mata untuk berada dalam enam teratas. Tetapi kami mahu memenangi permainan ini.

“Hull tahu mereka perlu menang untuk memiliki peluang kekal dalam liga. Kami harus fokus,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d