Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Arteta hambur pujian

MIKEL Arteta menghamburkan pujian melangit kepada pemain Arsenal yang miliki falsafah tinggi di sebalik kejayaan mengalahkan Manchester City 2-0 pada peringkat separuh akhir Piala FA di Wembley, awal pagi tadi.

Jaringan berganda Pierre-Emerick Aubameyang memastikan kelab utara London itu mara ke final buat kali ke-21 sepanjang rekod saingan Piala FA.

Uniknya, Arteta ‘mengalahkan’ pengurus City, Pep Guardiola dengan skema serangan balas yang cemerlang dan Aubameyang mencetak gol pada setiap babak ketika Arsenal menunjukkan permainan dengan sempurna.

Arteta, menjadi kapten Arsenal dalam kemenangan Piala FA enam tahun yang lalu dan, pada musim pertamanya mengendalikan kelab London, warga Sepanyol itu telah membawa kelabnya kembali ke final yang terakhir kali mereka menangi pada tahun 2017.

“Kami mempunyai chemistry yang hebat, mereka benar-benar mempercayai apa yang cuba kami lakukan dan anda dapat merasakannya.

‘Mereka layak mendapatkannya. Untuk mengalahkan yang terbaik, anda perlu memanfaatkan peluang dan ketika anda harus bertahan, anda harus meletakkan semua pemain di depan.

“Saya gembira dan bangga dengan pemain, tetapi sangat menyedihkan kami tidak dapat menikmati saat ini dengan peminat,” katanya kepada AP.

Arsenal akan bertemu Chelsea atau Manchester United, satu lagi aksi separuh akhir pada awal pagi esok.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: