Hoki Semasa

Liga Hoki Dalam Dewan Oktober ini

 

Shurizan (kanan) mengumumkan KHM akan menganjurkan Liga Hoki Dalam Dewan buat pertama kali pada sidang media selepas mesyuarat konfederasi itu, semalam.

 

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan penganjuran Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia buat pertama kali diperkenalkan, pada Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan dan Akademi Hoki Raja Ashman Sha, Shurizan Mansor berkata, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran itu.

“Kami merancang untuk menganjurkan liga pada 17 Oktober hingga 20 Disember. Dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan jemputan penyertaan kepada semua Persatuan Hoki Negeri dan juga kelab-kelab hoki dalam dewan untuk menyertai saingan liga.

“Jemputan kepada persatuan hoki negeri dan kelab hoki dalam dewan akan dihantar dalam masa terdekat. Tarikh tutup untuk semua pasukan menghantar borang penyertaan juga akan dimaklumkan nanti,” katanya menerusi kenyataan media di laman rasmi KHM.

Menurutnya, beliau optimis Liga Hoki Dalam Dewan yang julung kali dianjurkan itu akan mendapat sambutan dalam kalangan persatuan serta kelab hoki di negara ini.

“Ini juga merupakan peluang untuk Persatuan Hoki Negeri, dan kelab-kelab tersebut untuk bersaing merebut gelaran juara bagi edisi sulung.

“Kami turut merancang untuk menganjurkan saingan secara aksi timbal balik. Perlawanan juga akan dijalankan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula dari tarikh yang telah dirancangkan,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai pemilihan UPSI, Shurizan memberitahu venue pertandingan itu mempunyai kemudahan cukup baik termasuk tempat penginapan kepada pasukan yang bertanding.

“Selain itu, dewan perlawanan yang dimiliki mereka juga menepati piawaian Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

“UPSI memiliki tiga gelanggang di mana kami akan menggunakan satu sebagai gelanggang pertandingan sementara yang lain-lain akan dijadikan sebagai gelanggang pemanas badan untuk pasukan yang bertanding,” jelasnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: