Antarabangsa Bola Sepak

Aubameyang pastikan Arsenal ke final


DUA gol Pierre-Emerick Aubameyang memastikan Arsenal mara ke pentas akhir Piala FA musim ini.

Pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Wembley, The Gunners menewaskan Manchester City dengan jaringan 2-0.

Aubameyang masing-masing meledak gol pada minit ke-19 dan 71. Gol pertama pemain asal Gabon tercipta dari gerakan yang cantik dan melibatkan sentuhan 10 pemain berbeza.

Dengan kejayaan ini skuad kendalian Mikel Arteta berpeluang mendakap trofi dan kini sedang menunggu pemenang antara Manchester United atau Chelsea.

City terlebih dulu memberi ancaman untuk Arsenal. Pada minit ke-4, Raheem Sterling mencipta umpan untuk David Silva, tetapi Kieran Tierney melakukan halangan dengan baik.

Arsenal lebih banyak bertahan, sama ketika berjumpa Liverpool. Namun, sesekali pasukan Mikel Arteta melakukan serangan dari bahagian pertahanan untuk mencari peluang.

Arsenal mendapat gol pembukaan pada minit ke-19. Bermula dengan gerakan dari bahagian bawah, Nicolas Pepe menghantar bola kepada Aubameyang dan gol terhasil.a

City segera bangkit. Namun, Arsenal tampil berdisiplin. Pada minit ke-40, Ederson b menyelamatkan gawang Man City dari dibolosi oleh Mustafi.

Babak pertama berakhir dengan City menguasai permainan. Tetapi, dari tiga percubaan, Arsenal mampu menghasilkan satu gol. City gagal menghasilkan satu pun gol dari lima percubaan yang dilepaskan.

Kevin De Bruyne punyai peluang menerusi sepakan percuma, tetapi digagalkan Martinez pada minit ke-61. Empat menit berselang, sepakan keras De Bruyne dihalang David Luiz. Sekali lagi benteng pertahanan Arsenal beraksi bagus !

Aubameyang melengkapkan malam indah di Wembley menerusi gol kedua minit ke-71 sekaligus menyingkirkan City pada peringkat separuh akhir.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d