Bola Sepak

AC Milan intai Liga Europa

AC Milan berpeluang beraksi di Liga Europa selepas merakam kemenangan besar 5-1 ke atas Bologna awal pagi tadi.

Pemain Rossoneri, Hakan Calhanoglu berpuas hati dengan hasil mantap yang diraih pasukannya.

Beraksi di San Siro, Milan tampil lebih dominan. Statistik Opta merekodkan 23 percubaan yang dilepaskan skuad bimbingan Stefano Pioli dengan 13 antaranya berupaya membahayakan gawang Bologna.

Jangan terkejut apabila pertahanan Rossoblu kucar-kacir dan akhirnya dibolosi sebanyak lima kali menerusi gol Alexis Saelemaekers (10′), Calhanoglu (24′), Ismael Bennacer (49′), Ante Rebic (57′), dan Davide Calabria pada masa kecederaan babak kedua.

“Kami bermain banyak perlawanan dengan sistem 4-2-3-1. Inilah cara saya ingin bermain.

“Kami mula lelah (kerana padatnya jadual), tapi tetap menunjukkan mentaliti dan semangat kami. Bologna gemar bermain satu lawan satu dan itu tidak mudah.

“Tapi kami melakukan tekanan tinggi, menciptakan banyak peluang, dan mencipta banyak gol juga untuk memenangi permainan,” kata Calhanoglu kepada DAZN.

Keputusan ini membawa Milan berada di kedudukan keenam liga dengan 56 mata, sambil membuka peluang layak di Liga Europa musim depan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: