Antarabangsa Bola Sepak

Setien dipanggil Presiden Barcelona ?


Setien dipanggil susulan Barca gagal mempertahankan gelaran juara La Liga.

TIMBUL khabar kononnya jurulatih, Quique Setien dipanggil menghadap Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu.

Katanya, ada perbincangan penting di antara mereka. Perkara itu dilaporkan oleh ESPN, yang mendapat maklumat dari sumber terdekat mereka di kelab Catalan itu.

Setien dipanggil susulan Barca gagal mempertahankan gelaran juara La Liga, yang mana musim ini dirampas musuh tradisi, Real Madrid.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Josep Maria Bartomeu ingin memperhalusi tahap mentaliti Setien dan adakah dia boleh menangani Barcelona yang dilanda krisis ketika ini.

Ada laporan menyebut, Setien tidak akan melatih Barcelona ketika menentang Alaves dalam aksi terakhir La Liga, Isnin ini.

Bagaimanapun, Bartomeu masih meyakini Setien untuk pertandingan berdepan Napoli kempen Pusingan 16 Liga Juara-Juara pada 8 Ogos akan datang.

Setelah Barcelona kalah 1-2 ketika menentang Osasuna pada Jumaat lepas, Lionel Messi mengkritik kondisi pasukannya sendiri yang dianggapnya tidak konsisten dan lemah.

Menurut sumber ESPN, Bartomeu sedar berlaku ketegangan antara pemain Blaugrana dengan Setien. Tapi dia masih berharap tempoh selang lima hari selepas La Liga selesai akan boleh menyejukkan suasana di Camp Nou.

Setien sendiri sebenarnya baru dilantik Barcelona pada 13 Januari lalu, menggantikan Ernesto Valverde yang dipecat. Dia dikontrak sehingga Jun 2022 dan baru mengendalikan Barca tak sampai 30 perlawanan, namun masa depan sudah menjadi spekulasi.

Sebelum ini, muncul laporan bahawa dalam waktu dekat Barcelona akan mempromosikan jurulatih pasukan sementara, Francesc Xavier Garcia Pimienta, sebagai pengganti Setien.

Tetapi, sumber ESPN di Barca berkata, individu itu “bukan jenis yang kami inginkan”.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d