PENYERANG sensasi skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin membanggakan negara apabila tercalon 80 pemain muda berbakat Anugerah ‘Golden Boy’.
Luqman Hakim membuka perhatian ramai pihak apabila beraksi cemerlang pada Kejohanan AFC Bawah 16 Tahun 2018, muncul penjaring terbanyak hasil ledakan lima gol dengan hanya bermain dua perlawanan.
Pemain berusia 18 tahun berasal dari Kota Bharu ini juga membantu Malaysia layak ke Kejohanan AFF Bawah 18 Tahun 2019.
Prestasi luar biasanya untuk negara telah membuka mata kelab Belgium Jupiter League, KV Kortrijk, yang mana pemiliknya adalah ahli perniagaan rakyat tempatan, Tan Sri Vincent Tan.
Lapor surat khabar Itali, Tuttosport, Luqman tersenarai bersama pemain Asia lain seperti bintang muda Real Mallorca, Takefusa Kubo (Jepun), pemain Valencia, Lee Kang-in (Korea Selatan) and pemain AZ Alkmaar, Yukinari Sugawara (Jepun).
Bagaimanapun, persaingan ini tidak mudah untuk Luqman kerana dia bakal disaingi bakat pasukan gergasi dunia: Borussia Dortmund, Jadon Sancho (England) dan Erling Haland (Norway), Manchester United Mason Greenwood (England), Barcelona, Ansu Fati (Sepanyol), Arsenal, Bukayo Saka (England), Rennes, Eduard Camavinga (Perancis) dan Bayern Munich, Alphonso Davies (Kanada).
Anugerah yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003 itu menyaksikan Wayne Rooney, Lionel Messi, Kylian Mbappe, Mario Gotze dan Joao Felix pernah menerima penghargaan.
Pemenang pertama adalah pemain asal Belanda, Rafael van der Vaart, sementara pemenang tahun lalu adalah Felix, yang kini mewakili untuk kelab La Liga, Atletico Madrid.
Kesemua 80 pemain ini akan disenaraikan pendek kepada 20 pemain menerusi undian orang awam sebelum 40 panel wartawan dari pelbagai negara dan penerbitan memilih pemenang keseluruhan.
Kepada Luqman Hakim, semoga anda mempamerkan mutu permainan terbaik dalam karier diceburi dan seandainya tidak berjaya dalam senarai pendek 20 pemain selepas ini, tidak mengapa.
Tiada yang harus dimalukan kerana tersenarai 80 bakat muda pemain terbaik dari seluruh dunia adalah satu penghargaan dan penghormatan tertinggi buat anda dan Malaysia !
Add Comment