ARSENAL bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Liverpool dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 di Emirates, awal pagi tadi.
Setelah dibolosi jaringan gol Sadio Mane, Arsenal bangkit dan menukar keputusan di papan markah menerusi Alexandre Lacazette dan Reiss Nelson.
Kemenangan yang diraih tuan rumah ini menyaksikan Juara Liga Perdana Inggeris 2019/20 ini menerima kekalahan mereka yang ketiga di EPL musim ini.
Dengan kejayaan ini, Arsenal terus kekal di tangga sembilan dengan 53 mata manakala Liverpool yang sudah dipastikan juara kini tetap mengumpul 93 mata.
Ini bermaksud, kekalahan yang dialami juara baharu EPL itu menyebabkan The Reds tidak boleh mencapai 100 mata di akhir musim.
Kemungkinan mata maksimum yang boleh dipungut adalah 99 mata jika menang dua aksi terakhir ke atas Chelsea (23 Julai) dan Newcastle United (26 Julai) depan.
Add Comment