Antarabangsa Bola Sepak

Richards teruja Citizens bebas


Richards lega bekas majikannya dibenarkan kembali ke Liga Juara-Juara.

BEKAS fullback Manchester City, Micah Richards jelas gembira apabila larangan hukuman beraksi di kejohanan Eropah ditarik balik.

Semalam, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membatalkan penggantungan dua musim Manchester City tetapi diwajibkan membayar denda sebanyak €10 juta (denda asal €30 juta).

Menurutnya, khabar baik ini membolehkan pemain dan pengurus Pep Guardiola merancang skuad mantap musim depan.

“Ini satu berita bagus. Saya tidak berat sebelah, tetapi Manchester City memang selalu menyatakan (bukti) tidak bersalah sejak hari pertama dan itu kesimpulan bagus setelah menggantung pasukan begitu lama (sejak Februari lalu).

“Hukuman itu pasti menjejaskan perancangan pasukan pada masa depan, tetapi pada akhirnya, ia satu pengakhiran yang baik untuk semua orang,” kata Richards kepada BBC.

Sedar bahawa tempoh dua tahun akan datang begitu sukar jika The Citizens tetap digantung, dia tidak putus-putus meluahkan rasa lega kerana bekas majikannya dibenarkan kembali ke Liga Juara-Juara.

“Dua tahun akan merosakkan pasukan. Kontrak Pep Guardiola tamat pada akhir musim depan, Kevin De Bruyne dalam prestasi terbaik, dan para pemain yang ingin bermain Liga Juara-Juara.

“Ya, baguslah hukuman ini sudah selesai. Dari sudut pemain, sukar jika tidak tahu apakah, bagaimana masalah ini berakhir,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading