Antarabangsa motorsport Semasa

Hamilton rebut petak depan GP Styrian

JUARA dunia enam kali, Lewis Hamilton merebut petak depan Formula 1 GP Styrian, awal pagi tadi.

Pada sesi kelayakan dalam keadaan hujan, pemandu Mercedes-AMG Petronas mencatat masa terpantas, satu minit 19.273 saat.

“Terima kasih kepada pasukan untuk hasil kerja keras ini. Sekarang, fokus sepenuhnya untuk perlumbaan esok,” katanya dipetik Twitter Lewis Hamilton.

Cuaca buruk sebelum itu mengancam hari kedua penyelenggaraan GP Styrian di Litar Red Bull Ring, semalam. Bahkan, sesi latihan bebas ketiga turut dibatalkan kerana faktor hujan.

Namun, pengarah perlumbaan memutuskan penggunaan litar trek selamat sesi kelayakan.

Petak kedua milik Max Verstappen. Pelumba Red Bull Racing Honda manakala tempat ketiga dihuni pelumba McLaren Renault, Carlos Sainz.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: