Bola Sepak Semasa

Kebenaran majikan jadi keutamaan

Sulaiman tidak teragak-agak mengugurkan pemainnya yang gagal memberikan prestasi konsisten semasa latihan dan juga perlawanan.

KEUTAMAAN arahan majikan lebih penting walaupun jauh disudut hati pemain dan kejurulatihan UKM FC ingin berlatih secepa t mungkin sebagai persiapan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) yang dijangkadisambung semula pertengahan Julai.

Ketua Jurulatih UKM FC, Sulaiman Husin  berkata, melihat pemainnya menjalani latihan seperti sedia kala sememangnya diimpikan namun segala perancangan yang dilakukan perlulah mendapat kebenaran majikan.

“Jauh disudut hati kami selaku kejurulatihan memang mahu mengumpulkan pemain menjalani latihan, tetapi perlu mendapat kelulusan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) serta pengurusan UKM FC selaku majikan.

“Selaku jurulatih saya menjalankan tugas menyediakan latihan kepada pemain untuk mereka lakukan secara bersendirian dan mengemukakan laporan setiap hari,” jelasnya ketika dihubungi CakapSukan, sebentar tadi.

Untuk rekod, selain UKM FC yang masih belum mendapat kebenaran dari MFL untuk mengadakan seisi latihan fasa pertama, Kelantan dan Sarawak juga masih turut terbabit selain pasukan dari Liga Super, PDRM FA.

Pada masa sama, Sulaiman tidak teragak-agak mengugurkan pemainnya yang gagal memberikan prestasi terbaik ketika menjalani latihan bersama pasukan.

“Apabila kita mula menjalani latihan bersama nanti, pemain yang sebelum ini mendapat tempat kesebelasan utama tetapi prestasinya menurun turut berdepan pengguguran kerana kami mahu pastikan pemain yang menyarung jersi UKM FC setiap kali turun padang berada dalam prestasi terbaik.

“Ini perlu dilakukan bagi memastikan mereka bersedia selain menjamin karier selaku pemain bola sepak bersama UKM FC pada musim ini dan juga pasukan lain musim 2021 nanti, “tegasnya.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: