SAINGAN Kejohanan Liga Inggeris 2019/20 (EFL) semakin rancak apabila Leeds United menerajui carta dengan kelebihan satu mata berbanding pencabar terdekat, West Brom yang mengutip 77 mata.
Leeds, pernah mengecap status pasukan glamor satu tika dahulu kini mengintai tiket kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris.
Tetapi, berbaki lima perlawanan apa saja boleh terjadi memandang jarak mata antara West Brom, Brentford dan Fulham tidak terlalu ketara.
Cuma kelebihan mungkin berpihak kepada pasukan bimbingan Marcelo Bielsa yang beraksi 41 perlawanan,sedangkan lawan lain lebih satu perlawanan.
Fokus peminat terutama di England sudah tentu melihat persaingan West Brom dan Leeds yang mahu bergelar juara mutlak tanpa melalui aksi playoff andai tercicir ke tangga ketiga ranking liga.
Cardiff City yang dimiliki taikun Malaysia, Tan Sri Vincent Tan berada pada kedudukan keenam terbaik walaupun tewas tipis 2-3 kepada Blackburn Rovers Awa pagi tadi.
Cardiff bermula garang apabila mendahului 2-1 pada babak kedua tetapi kegagalan mengekalkan konsisten menyebabkan mereka berputih mata di hadapan penyokong sendiri.
Kesemua kedudukan ini boleh berubah lagi apabila aksi seterusnya bersambung pada esok dan Jumaat ini.
KEDUDUKAN SEMASA 10 PASUKAN TERATAS
P M S K Mt
Leeds United 41 23 9 9 78
West Bromwich Albion 41 21 14 6 77
Brentford 42 22 9 11 75
Fulham 42 21 10 11 73
Nottingham Forest 42 18 14 10 68
Cardiff City 42 16 16 10 64
Derby County 41 16 13 12 61
Swansea City 41 15 15 11 60
Blackburn Rovers 42 16 11 15 59
Millwall 41 14 17 10 +4 59
Add Comment