Antarabangsa Bola Sepak

Guendouzi ‘dihalau’

FB_IMG_1594160935553

FOTO : FB MATTEO GUENDOUZI

ADA berita kurang enak menimpa Matteo Guendouzi yang kini difahamkan berada dalam situasi yang sukar bersama Arsenal.

Bahkan, masa depannya di Emirates makin tidak menentu.

Puncanya, sudah dua minggu pengurus pasukan, Mikel Arteta menghalau pemain asal Perancis itu dari sesi latihan pasukan utama.

Dipetik dari laporan The Athletic, Mikel Arteta dikatakan kurang senang tindak tanduk Guendouzi pada perlawanan menentang Brighton pada 20 Jun lepas.

Dalam aksi itu, Arsenal menelan kekalahan dengan keputusan jaringan 1-2 dan tampil buruk pada pertemuan tersebut.

Bukan kekalahan yang membuatkan Arteta marah kepada Guendouzi. Tetapi, pemain berusia 21 tahun itu mencekik leher Neal Maupay di penghujung saingan.

Kesudahannya, sejak perlawanan itu, Arteta tidak lagi menurunkan Guendouzi dan namanya tiada dalam senarai daftar bermain.

Namanya ‘hilang’, seperti mana yang terjadi kepada Mesut Ozil.

Kini, Guendouzi hanya berlatih secara berseorangan. Walaupun sudah meminta maaf, Arteta tetap menyisihkan Guendouzi dan tidak membenarkan berada dalam skuad.

“Jika ada pemain saya yang ingin berhijrah, dipersilakan mereka untuk melakukan itu. Itu adalah prinsip saya.

“Saya di sini untuk membantu setiap pemain untuk berkembang baik secara individual maupun secara kolektif. Itulah tugas saya,” tegas Arteta yang pernah menjadi kapten Arsenal.

Ini bukan kali pertama Mikel Arteta kecewa dengan aksi tidak berdisiplin Guendouzi.

Pada sesi latihan pusat kelab di Dubai Februari 2020 lalu, Guendouzi juga pamer sikap sama dan itu yang membuatkan Arteta kesal.

Tindakan Arteta ini juga mendapat sokongan penuh dari Edu, pengarah sukan Arsenal.

Mereka menilai sikap Guendouzi boleh memberi kesan buruk kepada mental pasukan dan kini dia harus menerima akibatnya kerana tidak pernah berubah.

Guendouzi juga pernah menimbulkan kacau bilau di bilik persalinan Lorient, kelab yang diwakilinya sebelum bermain di Arsenal.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: