Antarabangsa motorsport Semasa

Alonso sedia kembali ke Renault

Alonso akan mengisi slot milik Daniel Ricciardo, yang akan menyertai ke McLaren mulai musim depan.

FERNANDO Alonso akan kembali berlumba dalam kelas Formula 1 musim depan dan dikatakan akan bergabung dengan pasukan Renault.

Sumber BBC dan Sky Sports berkata, Renault akan mengumumkan Alonso sebagai pelumba hari ini.

Pelumba asal Sepanyol itu akan mengisi slot milik Daniel Ricciardo, yang akan menyertai ke McLaren mulai musim depan.

Khabar angin sekembalinya Alonso ke Renault sebenarnya sudah mula bertiup kencang sejak November tahun lalu, namun pada bulan Mei lepas dia akan kembali dalam perlumbaan F1.

Alonso akan berpasangan dengan Esteban Ocon, pelumba Perancis yang baru saja mengikat kontrak selama dua tahun bersama Renault mulai musim ini.

Jika kata sepakat dicapai, ini akan menjadi kali ketiga berlumba bersama pasukan Renault iaitu pada 2002-2006 dan 2008-2009.

Pada perlumbaan tahun pertamanya, Alonso menjadi juara dunia F1 dua kali iaitu tahun 2005 dan 2006.

Selain Renault, dia yang akan berusia 39 tahun itu pernah bersama Minardi (1999-2001) Mclaren (2007, 2015-2018), dan Ferrari (2010-2014).

Sepanjang kariernya, Alonso menang sebanyak 32 kali pusingan dan naik podium sebanyak 97 kali.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: