Bola Sepak

Raja Isa kongsi ilmu


IMG-20200705-WA0033

JURULATIH profesional kelahiran Malaysia, Raja Isa Raja Akram Shah sudi berkongsi ilmu kejurulatihan bersama kelab Indonesia yang berpangkalan di Siak, Pancasona Abadi FC.

Raja Isa kini mengemudi kelab PSPS Riau dan kehadirannya disambut baik para pemain serta pelajar universiti.

Turut bersama dalam kem motivasi kumpulan itu adalah Miskardi Zidan pada program yang diadakan di Kampung Pinang Sebatang Kecamatan Tualang.

Ia memberi penekanan kepada aspek pembinaan karektor di samping teknik dan kemahiran dalam permainan bola sepak.

Sementara itu, Ketua Kem, Arinaldo Fernandes menyifatkan, kehadiran jurulatih profesional ke Pinang Sebatang Kecamatan Tualang Kabupaten Siak adalah bertujuan menurunkan ilmu bola sepak kepada bakat muda, jurulatih dan pemain.

“Alhamdulillah, ramai peserta yang sertai kem ini. Moga-moga, mereka yang mengikutinya akan bertambah ilmu dan kemantapan.

“Saya berharap dengan datangnya jurulatih profesional ke Tualang, ia boleh memotivasikan para pemain untuk latihan dan semangat menjadi pemain hebat, kalau boleh bermain hingga ke peringkat pasukan kebangsaan Indonesia,” ujarnya dipetik riaubernas.com.

Cakap Sukan difahamkan, penyokong Tualang Kabupaten Siak dan pihak penaja mahukan Raja Isa kembali sebagai jurulatih.

“Setelah bercakap dengan beliau (Raja Isa), ternyata beliau mahu. Dia mengakui gembira melatih di Tualang, semoga dua bulan ke depan ini, kalau tidak ada halangan dia akan kembali memberikan ilmu ke Tualang ini,” katanya lagi.

Esok Cakap Sukan akan mendapatkan maklum balas Raja Isa berkaitan perkembangan terbaharu ini


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d