Antarabangsa Bola Sepak

Messi akan kekal

Masa depan Messi menjadi topik hangat sejak seminggu yang lalu. (Foto Source: Getty Images Europe)

PRESIDEN Barcelona, Josep Maria Bartomeu tampil menafikan bintangnya Lionel Messi kini kurang gembira menyarung jersi pasukan dan ingin berhijrah.

Tegasnya, pasukan telah melakukan rundingan dengan beberapa pemain termasuklah Kapten Barca itu dan semuannya berjalan lancar.

“Kami berunding dengan banyak pemain, tetapi Messi telah menjelaskan kepada kami jika dia ingin bertahan.  Kami yakin bahawa Messi akan tinggal di Barcelona dan mengakhiri kariernya di Camp Nou,” ujar Bartomeu yang dipetik melalui BBC.

Masa depan Messi menjadi topik hangat sejak seminggu yang lalu dan difahamkan pemain berusia 33 tahun itu dilaporkan tidak mahu melanjutkan kontraknya di Barcelona yang akan berakhir pada 2021.

Messi juga dikhabarkan menghadapi masalah di bilik persalinan dengan rakan sepasukannya, seperti Marc-Andre ter Stegen dan Antoine Griezmann. 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: