Bola Sepak Semasa

Luqman sudah dapat ‘lampu hijau’ MKN

OLEH : MOHD FARIQ

****Mohd Fariq mempunyai pengalaman 20 tahun sebagai penulis sukan, khususnya bolasepak

 

Impian Luqman Hakim ingin berkelana di luar negara bakal menjadi kenyataan. (Foto : FB FAS)

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin boleh membuat permohonan kebenaran terbang merentasi luar negara bagi mendapatkan pelepasan khas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Ismail Sabri, pemilik kelab KV Kortrijk (KVK), Tan Sri Vincent Tan sendiri boleh memohon kepada KKM untuk mendapatkan pelepasan khas itu selepas Luqman mengesahkan dia akan berhijrah ke kelab berpangkalan di Belgium itu semalam.

Jelas lagi Ismail Sabri, KKM boleh memberikan kebenaran berdasarkan situasi Luqman tetapi penyerang berusia 18 tahun itu diingatkan supaya melengkapkan semua dokumen dalam pemindahannya dari Selangor 2 ke KVK.

“Berdasarkan perkembangan terkini, jika Luqman harus terbang ke Belgium dalam memenuhi kontrak lima tahunnya (bersama KVK) atau jika sah Liga Belgium musim baharu akan bermula contohnya akhir Ogos atau September depan, pihak pemilik kelab (Vincent Tan) sendiri boleh memohon kepada KKM untuk mendapatkan pelepasan khas.

“KKM boleh memberi kebenaran dalam situasi Luqman ini tetapi dia harus melengkapkan semua dokumen dalam proses perpindahan dari Selangor ke Belgium itu. Insya-ALLAH tiada masalah buat Luqman untuk terbang (ke Belgium) nanti,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian, semalam.

Selaku pemilik kelab KV Kortrijk (KVK),  Vincent Tan sendiri boleh memohon kepada KKM untuk mendapatkan pelepasan khas itu selepas Luqman mengesahkan dia akan berhijrah ke kelab berpangkalan di Belgium itu semalam.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri mengharapkan Luqman dapat memberikan prestasi terbaik ketika beraksi bersama KVK dalam usaha mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Saya berbangga dengan kejayaan Luqman yang berhijrah ke KVK dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Semoga dia dapat mengharumkan nama Malaysia nanti,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memuji keberanian Luqman yang telah membuat keputusan untuk melebarkan kariernya dengan menyertai KVK.

Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayhsal mengingatkan kepada penyerang berusia 18 tahun itu agar sentiasa mengekalkan jati diri dan meningkatkan daya ketahanan mental jika mahu melangkah jauh di peringkat Eropah.

“Saya harus mengingatkan kepada Luqman bahawa ia bukan sesuatu yang mudah terutama jika berhijrah ke tempat baharu yang cukup berbeza daripada tempat lahir.

“Ini kerana Luqman perlu miliki jati diri yang kuat apabila berada di bumi Eropah kerana semua segi baik faktor persekitaran, pemakanan, budaya dan sebagainya akan berubah,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/90904/BERITA/Sukan/Luqman-sudah-dapat-lampu-hijau-MKN

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: