
PELEDAK berbisa Cardiff City, Danny Ward dipenghujung babak kedua perlawanan memastikan tiga mata oenuh diraih pasukan apabila mengatasi Bristol City, 1-0 pada saingan Kejohanan Liga Inggeris 2019/20 di Stadium Ashton Gate, malam tadi.
Turun dengan memburu tiga mata ditempat lawan, The Bluebirds turun dengan semangat positif selepas empat keputusan tanpa kalah memperolehi kemenangan mutlak apabila Ward meledak gol tunggal pada minit ke 85.
Penyerang kelahiran England ini yang sudah menjaringkan enam gol tidak mempersia-siakan umpanan dari rakan sepasukan, Lee Tomplin yang masuk sebagai pemain simpanan pada minit 66.
Tiga mata yang diraih pelawat meletakkan pasukan bimbingan Neil Harris ditangga keenam mengumpul 64 mata dan hanya dibezakan empat mata dengan Notthingham Forest dikedudukan kelima liga.
Selepas ini The Bluebirs bakal menanti kunjungan Blackburn Rovers untuk aksi ke 42 di Stadium Cardiff City, pada 7 Julai nanti.
Kedudukan 10 pasukan teratas Kejohanan Liga Inggeris 2019/20
P M S K Mt
1 . Leeds United 41 23 9 9 78
2 .West Bromwich Albion 40 20 14 6 74
3 . Brentford 41 21 9 11 72
4 .Fulham 41 20 10 11 70
5 . Nottingham Forest 41 18 14 9 68
6 . Cardiff City 41 16 16 9 64
7 . Derby County 41 16 13 12 61
8 . Millwall 41 14 17 10 59
9 . Preston North End 41 16 10 15 58
10 . Swansea City 40 14 15 11 57
Jadual perlawanan Cardiff City seterusnya :-
> RABU ( 08/07/20) Cardiff City lwn Blackburn Rovers ( Std Cardiff City / 2.45 pagi)
> SABTU (11/07/20) Fulham lwn Cardiff City ( 3.15 pg / Std
RABU ( 15/07/20) Cardiff City lwn Derby Country (Std Cardiff City / 2.45 pagi)
SABTU (18/07/20) Middlesbrough lwn Cardiff City ( 10 mlm /
KHAMIS (23/07/20) Cardiff City lwn Hull City Std Cardiff City / 2.45 pagi)
Add Comment