Bola Sepak Semasa

Dari Kota Bharu ke Belgium

Persetujuan yang dicapai antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan K V Kortrijk untuk perpindahan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu menoktahkan persoalan yang berlegar dalam dunia bola sepak tempatan ketika ini.

BUKAN cerita dongeng lagi tetapi inilah kenyataan yang pastinya menggembirakan semua pihak khususnya Luqman Hakim Shamsudin dan keluarganya apabila bakal melebarkan kariernya berkelana selaku pemain bola sepak bersama kelab dari Belgium, K V Kortrijk.

Persetujuan yang dicapai antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan K V Kortrijk untuk perpindahan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu menoktahkan persoalan yang berlegar dalam dunia bola sepak tempatan ketika ini.

Untuk rekod, pemain berusia 18 tahun itu dinobatkan sebagai salah satu bakat terbesar negara oleh Goal Malaysia dalam senarai NxGn 2020.

Dia juga muncul sebagai penjaring terbanyak Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 walaupun sekadar beraksi dalam dua perlawanan.

Selain itu, dia turut menjadi tonggak buat skuad Bawah 19 Tahun (B-19) pada Kejuaraan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2019.

Impian dan harapan ahli keluarga.
Perkembangan diumumkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam satu kenyataan sebentar, tadi.

TAHNIAH CS ucapkan..Semoga terus maju dan menjadi jambatan buat pemain-pemain lain untuk melebarkan karier ke peringkat lebih tinggi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: