Bola Sepak

Kelantan fa masih belum jalani latihan

"Pastinya ia memerlukan kos bagi memastikan semua SOP tersebut dipatuhi.

Yusri mengakui skuad bimbingannya sehingga kini masih belum menjalani latihan.

DIKALA pasukan lain sibuk melakukan persiapan bagi memulakan saingan Liga Malaysia, Kelantan FA pula sebaliknya apabila masih belum menjalani sebarang latihan sejak 13 Mac lalu.

Situasi ini nyata membimbangkan pengendalinya, Yusri Che Lah walaupun perancangan latihan telah dikemukakan kepada pihak pengurusan agara kebenaran diberikan sebelum Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memuktamadkan tarikh sepak mula bola.

“Secara terus terang, kami masih belum menjalani apa-apa latihan sejak 13 Mac lalu, memandangkan persatuan baharu sahaja memaklumkan Presiden dan Timbalan Presiden direhatkan dan beberapa isu lain yang masih belum diselesaikan.

“Sudah pasti ia menjejaskan persiapan pasukan dan sehingga kini kami masih menanti keputusan terkini untuk menjalani latihan,” ujarnya ketika dihubungi CakapSukan, sebentar tadi.

Bekas pengendali Kuala Lumpur ini juga memaklumkan persediaan untuk menjalani latihan juga memerlukan peruntukan kewangan bagi beberapa peraturan yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga MFL.

“Semua faham, MKN telah tetapkan SOP termasuklah menjalani menjalani ujian calitan ‘Swab Test” buat semua pemain serta pengurusan dan juga melakukan kerja-kerja sanitasi, pembersihan seluruh stadium.

“Pastinya ia memerlukan kos bagi memastikan semua SOP tersebut dipatuhi. Semua tentatif program dan cadangan pelaksanaan telah saya kemukakan kepada pengurusan.

“Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Husin Deraman ada memaklumkan kepada saya supaya bertenang dahulu dalam situasi semasa yang amat maha hebat sekarang,” tegasnya.

Mengenai isu semasa yang melanda Kafa ketika ini, Yusri enggan menyalahkan satu pihak sahaja dan ianya perlu dijayakan secara bersama.

“Bab pengurusan saya enggan mengulas panjang tetapi permasalahan ini perlu direalisasikan semua pihak,” ujarnya.

Perjalanan Kafa dalam saingan Liga Malaysia 2020 dilihat semakin tertekan dengan isu-isu tunggakan hutang lampau dengan bekas pemain selain pada 28 Jun lalu, Presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah memutuskan ‘berehat’ sementara waktu daripada mengetuai pentadbiran persatuan berkenaan.

Terbaharu, Naib Presidennya, Datuk Mohd Rowi Dollah mengumumkan berundur secara mengejut daripada barisan kepimpinan badan induk bola sepak Kelantan itu yang menyaksikan pemangku presiden, Datuk Shaari Mat Hussain bersama barisan exco mereka berdepan tugas sukar untuk untuk memulihkan reputasi persatuan yang sarat dengan hutang itu.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d