
YAYASAN Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) meneruskan usaha murni menerusi aktiviti ‘Visit&Treate’ menziarahi bekas atlet bola sepak Sukan Sea 1975, Mohd Shah Alias Mohd Norbit di kediamannya di Keramat, Kuala Lumpur.
Mohd Shah Alias Norbit yang menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi dalam tempoh yang lama. Lawatan skuad YAKEB Prihatin ini disertai diketuai Pengerusinya, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed bersama bekas pemain bola sepak Malaysia pada era 1970an, Mohd Khalid Ali dan Hanafiah Ali.
Untuk rekod , sebelum ini YAKEB menerusi aktiviti “Visit&Treate” turut mengunjungi bekas penjaga gol pasukan hoki kebangsaan yang pernah mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik dan Piala Dunia, Ahmad Sofian Ahmad Zulkifli yang menghadapi masalah jantung.
Selain itu, YAKEB turut mengadakan kunjungan ke kediaman legenda bola sepak dan sepak takraw negara di Pulau Pinang dan Perlis.
Antara yang dilawati adalah Datuk Namat Abdullah, Datuk M Kuppan, Datuk Shukor Salleh, Datuk Mohd Bakar dan Johari Maina dan bekas pemain sepak takraw, Mohd Nor Ali.
YAKEB turut mengunjungi ‘arkitek’ bola sepak negara ketika Sukan Olimpik 1972, Syed Ahmad Abu Bakar di Arau, Perlis. Difahamkan Syed Ahmad akan menjalani rawatan kemoterapi dan aneurisma saluran darah di perut dalam masa terdekat ini.
Begitu juga dengan legenda sepak takraw negara, Rehan Mohamad Din yang juga merupakan Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, Sukan Asia Beijing 1990 dan Sukan SEA Manila 1991 berhubung masalah jantung dihadapinya pada 2017 dan mula mendapatkan rawatan di IJN pada 10 Jun lalu selepas menerima bantuan daripada Yayasan IJN yang menanggung kos pembedahan sebanyak RM55,000 dan YAKEB dimana kini perejam terbilang itu kini boleh menjalani kehidupan seperti biasa selepas pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), 14 Jun lalu.
Add Comment