Bola Sepak

sambut baik keputusan luqman hakim


Luqman Hakim antara prospek masa depan negara yang seharusnya diberikan tumpuan khususnya FAM.

“Saya mengikuti rapat perkembangan Luqman Hakim kerana dia tonggak kekuatan skuad B-19 Malaysia dan menyambut baik hasrat dia untuk kekal di sini sehingga habis kejohanan AFC B-19.

“Saya menyambut baik jika itu adalah keputusan daripada Luqman sendiri,” ujar pengurus pasukan B-19 kebangsaan, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar mengenai perkembangan terkini penyerang muda sensasi negara itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke luar negara.

Penyertaan Luqman Hakim bersama skuad B19 pastinya ditagih negara yang bakal mengharungi saingan dalam Kumpulan D bersama Qatar, Tajikistan dan Yaman pada Kejuaraan B-19 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, Oktober ini.

Untuk rekod pemain muda kelahiran Kelantan itu ketika ini bersama Selangor 2 dan turut dikhabarkan diintai pasukan dari luar negara.

Pada masa sama Kamarul Ariffin turut memaklumkan kehadiran Luqman sudah pasti dapat membantu skuad B-19 memberikan cabaran pada saingan itu khususnya dalam misi memburu slot ke Piala Dunia Bawah 20 tahun (B-20) di Indonesia, tahun depan.

“Seperti kita maklum pasukan bola sepak adalah permainan berpasukan. Tetapi dengan nama yang Luqman ada dan prestasinya pada dua kejohanan B-19 sebelum ini, dia adalah tonggak kekuatan skuad B-19,” tegasnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d