
TIGA mata berharga yang diraih Wolves ketika membenam cabaran Aston Villa di Villa Park pada aksi Liga Perdana Inggeris meletakkan pasukan kini hanya ketinggalan dua mata di belakang Chelsea yang berada dikedudukan empat terbaik.
Ledakan pemain kelahiran Belgium, Leander Dendoncker pada minit 62 membantu Wolves untuk terus menghidupkan peluang ke Liga Juara-Juara musim depan dan dalam masa sama memastikan Aston Villa terus terperosok ke zon penyingkiran.
Skuad bimbingan Nuno Espirito Santo itu kini melonjak ke tangga kelima liga, mengatasi Manchester United dan dua mata ketinggalan di belakang Chelsea selepas tiga kemenangan berturut-turut.
Villa pula sebaliknya gagal meraih sebarang kemenangan sejak Januari dan kekal di zon penyingkiran menerusi perbezaan jaringan selain bermain lebih satu perlawanan berbanding Bournemouth, West Ham dan Watford.
JADUAL PERLAWANAN LIGA PERDANA INGGERIS 2019/20 SETERUSNYA :-
28 JUN (Ahad)
Watford lwn Southampton ( Venue Vicarage Road /11.30 malam)
29 JUN (Isnin)
Crystal Palace lwn Burnley (Venue Selhurst Park / 3.00 pagi)
30 JUN
Brighton & Hove Albion lwn Manchester United (Venue The American Express Community Stadium / 3.15 pagi)
Add Comment