Antarabangsa Bola Sepak

klopp gagal kawal emosi


PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp ternyata gagal mengawal emosinya hingga dilihat mengelap air matanya ketika ditemu bual bersama stesyen televisyen beberapa minit selepas Chelsea melakar kemenangan 2-1 ke atas Manchester City, awal pagi tadi sekali gus membolehkan The Reds mengesahkan kejuaraan liga.

Klopp yang hadir membimbing The Reds pada 2015 ketika pasukan bergelut menghuni kelompok empat teratas membuktikan keyakinan tinggi dan bekerja keras bersama-sama sebagai satu pasukan.

“Detik besar paling indah dan saya kehilangan kata-kata. Malam ini untuk anda di luar sana, menakjubkan.

“Saya harap anda kekal di rumah atau keluar di hadapan rumah, tidak lebih daripada itu. Kita lakukan bersama pada saat ini dan satu kepuasan melakukannya untuk anda,” ujarnya kepada kepada Sky Sports.

Bekas jurulatih Borussia Dortmund itu bagaimanapun masih belum puas dan mahu memburu lebih banyak kejayaan bersama skuadnya pada masa depan.

“Apa yang dilakukan mereka sejak dua atau tiga tahun lalu cukup mengagumkan dan satu keseronokan dapat mengendalikan mereka.

“Cukup menggembirakan sejak hari pertama saya tiba di sini dan ia belum berakhir, itu yang bagusnya. Pasukan ini mampu meraih lebih banyak kejayaan untuk beberapa tahun lagi tetapi pada malam ini kami akan menikmati detik ini,” jelasnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading