Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Liverpool juara epl 2019/20

LIVERPOOL merangkul kejuaraan trofi Liga Perdana Inggeris 2019/20 buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun  selepas Manchester City kecundang ditangan Chelsea, 1-2 pada aksi di Stadium Stamford Bridge, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp yang mendahului 23 mata 24 jam sebelum itu apabila menumbangkan Crystal Palaca, 4-0 di Anfield hanya perlu mengharapkan City keciciran mata namun Christian Pulisic dan Willian memastikan tiga mata penuh buat Chelsea.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, The Citizens yang hadir dengan penuh semangat memburu kemenangan mendominasi permainan sejak dari wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan, Stuart Atwell.

Skuad bimbingan Pep Guardiola hampir berada di hadapan pada minit ke-18 apabila hantaran cantik hasil sepakan percuma Riyad Mahrez ditanduk dengan baik Fernandinho tetapi penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga tangkas menafikan percubaan tersebut.

Tersentak dengan serangan tersebut, tuan rumah meningkatkan corak permainan dan hampir berada dihadapan melalui Ross Barkley melalui rembatan pada minit ke 32 namun berjaya dikeluarkan Fernandinho.

Christian Pulisic membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledak gol pertama buat pasukan pada minit ke-36 yang berpunca daripada salah faham antara Benjamin Mendy dan Ilkay Gundogan.

Memasuki babak kedua, Man City berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma yang disempurnakan Kevin De Bruyne pada minit ke-55 dan selang dua minit kemudian pelawat seharusnya dihadapan namun Raheem Sterling gagal menyudahkan gerakan ketika hanya berdepan dengan penjaga gawang Chelsea, Kepa Arrizabalaga.

Hanya berselang dua minit kemudian, Raheem Sterling hampir menjadikan kedudukan 2-1 buat skuad pelawat selepas percubaannya sekadar singgah di tiang gol.

Dengan hanya kemengann yang dapat merapatkan slot Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan, anak didik Frank Lampard terus memberikan tekanan kepada jentera pertahanan lawan dan situasi pada minit ke-75 nyata menggembirakan The Blues apabila asakan dari Pulisic dan Tammy Abraham memaksa Fernandinho melakukan kesilapan dengan mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan menggunakan tangannya.

Situasi tersebut memaksa khidmat Video Assistant Referee (VAR) digunakan dan sepakan penalti dihadiahkan buat Chelsea dengan pada masa sama Fernandinho turut dilayangkan kad merah.

Willian yang mengambil sepakan tersebut tidak berdepan masalah untuk sekali lagi meletakkan Chelsea berada di hadapan pada minit ke-78. Kemenangan itu menyaksikan Chelsea berada di tangga keempat untuk meraih 54 mata, hanya ketinggalan satu mata di belakang Leicester City ditangga ketiga manakala City ditempat kedua dengan mengumpul 63 mata selepas tamatnya 31 perlawanan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: