Hoki Semasa

ISU PENGURUSAN STADIUM HOKI KL SELESAI

Megat D Shahriman (tiga,kiri) bersama Nor Hisham (tengah) mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu pengurusan Stadiun Hoki Kuala Lumpur.

PERSATUAN Hoki Kuala Lumpur (PHKL) kini dalam proses terakhir mendokumentasikan semua perjanjian berhubung status pengurusan Stadium Hoki Kuala Lumpur yang mana selepas ini menyaksikan lebih banyak pengisian aktiviti dan program PHKL adalah bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Presiden PHKL, Dato’ Megat D Shahriman Zaharudin berkata, pertemuan yang turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Stadium PHKL dan pengurusan DBKL telah berjalan lancar.

“Alhamdulillah ia berjalan lancar dan semuanya selesai dengan baik apabila pihak DBKL dan PHKL masing-masing telah mencapai persetujuan berkenaan beberapa isu yang berbangkit.

“Kami kini dalam proses akhir mendokumentasikan semua perjanjian tersebut yang mana selepas ini menyaksikan lebih banyak pengisian aktiviti dan program PHKL adalah bersama DBKL.

“PHKL optimis kerjasama dengan DBKL ini amatlah penting dan secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada komuniti hoki di Kuala Lumpur selain mengekalkan Stadium Hoki Kuala Lumpur sebagai ‘rumah rasmi’ PHKL,” tegasnya.

Megat D Shahriman (tengah) bersama Muhamad Fariz (kiri) dan Sukhjit Singh mewakili PHKL pada mesyuarat dengan DBKL.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri Megat D Shariman, Naib Presiden PHKL, Muhamad Fariz Mustafa serta Sukhjit Singh (wakil daripada ahli gabungan PHKL) manakala DBKL pula dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pengarah Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL) Mohd Nazam Harun dan Penolong Pengarah Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Noor Azman Mahlin.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: