UiTM FC Prihatin sumbang RM20,000 tabung wakaf Arshad Ayub

PENGURUSAN UiTM sedang berusaha untuk membangunkan Kompleks Arshad Ayub UiTM bertujuan bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran dan pengajaran UiTM.

Kompleks ini akan di bina di tapak kolej Jati Seksyen 3 Shah Alam pada penghujung tahun 2020.

Kompleks ini akan dibangunkan melalui sumbangan oleh pihak korporat, agensi swasta, warga universiti dan alumni UiTM kepada tabung wakaf Arshad Ayub.

UiTM FC tidak ketinggalan untuk turut sama menyokong usaha murni pengurusan UiTM.

Melalui program UiTM FC Prihatin, para pemain, barisan pengurusan dan kelab UiTM FC telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM20,000 untuk disumbangkan kepada tabung wakaf ini.

Majlis penyerahan sumbangan telah dilakukan oleh YBHg Prof Dr. Azizan Abdullah Timbalan Naib Canselor HEP merangkap Presiden UiTM FC kepada YBhg Datuk Prof Emiritus Dr Ir Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM.

Turut hadir sama di majlis tersebut ialah Mustaza Ahmad, Pengarah Sukan UiTM merangkap Setiausaha UiTM FC.

Dalam ucapan di majlis penyerahan cek ini, Prof Dr. Azizan menyatakan walaupun mereka merupakan pemain bola sepak pelajar UiTM, tetapi pemain berasa bertanggunjawab sama untuk memastikan pembinaan kompleks ini dapat dilaksanakan dengan memberi sumbangan kepada tabung wakaf kompleks Arshad Ayub.

Ini merupakan program UiTM FC Prihatin ketiga yang dilaksanakan oleh UiTM FC.

Kali pertama menyumbang kepada tabung Covid-19 UiTM dan kedua menyumbangkan peralatan PPE kepada Hospital Sungai Buloh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s