
SEGALA kekusutan para penyokong Merah Kuning musim ini berkaitan status Pas Bermusim akan terjawab sedikit masa lagi.
Ini kerana, ramai yang tertanya-tanya berkenaan status Pas Bermusim selepas Covid-19 melanda dunia global termasuklah industri bola sepak tanah air.
Menurut Facebook FA Selangor hari ini,
Persatuan bola Sepak Selangor (FAS) akan mengumumkan status Pas Bermusim Selangor 2020 selepas keputusan berkenaan status Liga Malaysia dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL).
Selain itu, katanya, maklumat lanjut mengenai langkah-langkah dan keputusan yang bakal diambil oleh Selangor untuk tahun ini akan diselaraskan mengikut nasihat dan persetujuan daripada kerajaan Malaysia, FAM dan MFL.
“Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan dan amat menghargai kesabaran yang ditunjukkan oleh penyokong Gergasi Merah.
“Kita adalah satu,” ujarnya.
Add Comment