Uncategorized

PAFA sumbang RM15,000 bantu Ahmad Sofian kos implan jantung

Faizal berbual dan bertanya khabar Ahmad Sofian di Hospital Pantai Ipoh, hari ini. Foto : FB Faizal Azumu

PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) menyumbang sebanyak RM15,000 bagi membantu menampung kos implan alat Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD) jantung bekas bintang bola sepak Perak, Ahmad Sofian Zulkifli.

Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) hari ini membawa khabar melegakan buat Ahmad Sofian yang memerlukan dana RM70,000 bagi memasang implan ICD di jantung beliau.

Ketika menziarahi beliau di Hospital Pantai Ipoh hari ini, Dato’ Seri Ahmad Faizal juga yang lebih mesra dipanggil MB Peja memaklumkan Ahmad Sofian yang juga bekas penjaga gol pasukan hoki kebangsaan, PAFA akan menyumbang RM15,000 bagi menampung sebahagian daripada kos pembelian alat ICD berkenaan sambil menyatakan komitmen kerajaan negeri Perak untuk menyalurkan bantuan susulan yang diperlukan.

Turut hadir adalah Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, Dato’ Shahrul Zaman Yahya yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia dan Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Khairul Shahril Bin Mohamed.

Sebelum ini, media melaporkan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) akan menyalurkan bantuan sebanyak RM20,000 bagi menampung kos pembelian alat tersebut.

Sementara itu, Ahmad Sofian dan isteri Hamizah Osman merakamkan penghargaan buat PAFA dan semua pihak yang prihatin dengan nasibnya.

Semoga segala urusan Ahmad Sofian dipermudahkan dan kembali pulih sepenuhnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: