Uncategorized

Bekas model Playboy mahu selamatkan kewangan kelab Romania


BEKAS model Playboy, Anamaria Prodan, dikhabarkan ingin menyelamatkan kelab FC Hermannstadt yang kini tengah mengalami masalah kewangan.

FC Hermannstadt adalah kelab berasal dari Romania. Ketika ini mereka bermain di Liga 1.

Namun demikian, situasi kelab itu sekarang tengah mengalami masalah kewangan meruncing.

Menurut laporan dari gsp.ro, via Sportbible, mereka menanggung hutang sebanyak 630,000 pounds.

Sebelum pandemik Covid-19 Hermannstadt berada di tangga ke-10 kempen Liga 1 Romania. Mereka mengumpul 25 mata dalam 26 perlawanan.

Anamaria ketika ditanya media apakah yang ingin dilakukan sebaik sahaja pasca pandemik virus corona berakhir.

“Saya tidak tahu, saya berfikir untuk membeli sebuah kelab bola sepak ! ,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d